Sunday, September 19, 2010
SYAHIDAHTUL NABILAH BINTI BAHARUDIN
AGAMA
Konsep 1 Malaysia merupakan konsep untuk menyatukan rakyat walaupun terdapat perbezaan dari segi bangsa,agama dan budaya.Semua bangsa di Malaysia secara dasarnya dianggap sama rata dan mempunyai hak yang sama.Konsep 1 Malaysia ini diperkenalkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak ketika beliau mula mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada tahun lalu.
Di Malaysia,Islam adalah agama rasmi negara.Menurut bancian pada tahun 2000,kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam.Seperti yang diperlukan oleh undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia,seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan muslim.Muslim Malaysia primernya adalah Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim Pakistan.Bilangan ini juga semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.Tempat beribadat untuk mereka yang beragama Islam dikenali sebagai masjid manakala kitab suci yang digunakan ialah Al-Quran.Tanggapan umum mengatakan,Islam wujud di Malaysia sekitar abad ke-10 di Terengganu iaitu negeri Melayu pertama yang memeluk Islam.Tanggapan ini berdasarkan Tugu Peringatan Batu yng ditemui di Kuala Berang,Terengganu.
Manakala agama Kristian pula terdiri daripada kira-kira 9.1 peratus penduduk.Majoriti bilangan ini adalah penduduk Malaysia Timur.Mazhab-mazhab besar Kristian di Malaysia termasuk Anglikan,Baptist Brethren,gereja-gereja Charismatic berdikari,Lutheran,Methodist,Presbyterian,Sidang Injil Borneo dan Roman Katolik.Tempat beribadat untuk mereka yang beragama Kristian pula dikenali sebagai gereja manakala kitab suci yang digunakan ialah Alkitab atau Kitab Injil.Selain itu,kemunculan agama Kristian boleh dilihat pada para pedagang yang singgah di Melaka sebelum penaklukan Portugis pada 1511.
Sementara agama Buddha pula terdiri daripada kira-kira 19.2 peratus penduduk.Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Sakyamuni(Siddhartha Gautama)yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masehi.Tempat beribadat untuk agama Buddha dikenali sebagai tokong.Kitab suci agama Buddha yang paling tua yang diketahui hingga sekarang tertulis dalam bahasa Pali dan Sansekerta.Ia dikenali sebagai 3 kelompok iaitu Vinaya Pitaka,Sutta Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.
Bagi agama Hindu pula kira-kira 6.3 peratus penduduk yang menganutinya.Manakala yang selebihnya pula ialah yang selain daripada 4 agama ini.Agama Hindu adalah sebuah agama yang berasal dari anak benua India.Agama ini merupakan agama ketiga terbesar di dunia selepas Kristian dan Islam.Tempat beribadat untuk agama Hindu pula ialah kuil.Kitab suci bagi agama Hindu ialah Veda yang paling tua dan diikuti dengan Upanishad.
Kesimpulannya,meski terdapat perbezaan agama di Malaysia,rakyat tetap dapat hidup bersatu padu kerana adanya sikap hormat menghormati antara sesama agama.Jika sikap ini dapat berterusan,maka tercapai hasrat Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk menjayakan gagasan konsep 1 Malaysia.
Labels:
AGAMA
ADAT RESAM
ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU
Dipanggil kirim perut oleh masyarakat melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia manakala di sesetengah tempat di kenali sebagai mandi tian.Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.Upacara ini di lakukan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakalbersalin serta bagi membetulkan kedudukan bayi dalam perut.
Adat bercukur jambul
Selepas tujuh hari dari hari bersalin ,lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit,kerana itulah harinya adat mencukur kepala anak kecil itu dijalankan.Kelengkapan yang disediakan untuk mencukur ini adalah seperti berikut:
· Anak kecil atau bayi itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia ke atas tilam kecil.
· Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras kunyit dan bertih.
· Sebiji kelapa mumbang yang besar sedikit dipotong pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada penutupnya.Air kelapa itu dibuang dan diisi ke dalamnya sedikit air sejuk ,dan kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu sahaja.
ADAT RESAM MASYARAKAT CINA
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian dikalangan ahli keluarga bakal pengantin ,perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selepas seratus hari.Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki akan dihias indah.Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori.Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih ,merah,atau kuning.Adalah dilarang memakai baju hitam,biru ,dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Adat Menamakan Anak
Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yan yang sama berat.Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas,air,api ,tanah dan kayu serta saling melengkapi.Oleh yang demikian ,nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsure Yin dan Yang.Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang ,samaada akan ditimpa kecekelakaan atau mendapat kesejahteraan.Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adapt yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.
ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA
Adat Kematian
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia,mayat akan diletakan diruang tamu.Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan.Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakan berhampiran si mati.Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai symbol ketenangan jiwa si mati.Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi di mati sebelum disembahyang.Sepanjang mayat berada di dalam rumah,si mati perlu dijaga dengan sebaiknya.Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan .ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada.Mata dan mulut juga perlu ditutup rapat.Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain.Kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan lubang hidung akan ditutup dengan kapas.Air mawar akan direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar agar mayat tidak berbau.Untuk menunjukan kesedihan gambar-gambar yang tergantung diterbalikan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar daripada ruang tamu.Lagu-lagu suci seperti teeravaaram turut dimainkan dan dinyanyikan sehingga ke tanah perkuburan.Tujuanya agar roh si mati sentiasa tenang dan aman.
Subscribe to:
Posts (Atom)