Sunday, September 19, 2010

ADAT RESAM

                                             
                                                    NOOR HASLINDA BINTI ARIFFIN       

                                                                      ADAT RESAM
                                                                                                              
ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU

Adat melenggang perut
Dipanggil kirim perut oleh masyarakat melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia manakala di sesetengah tempat di kenali sebagai mandi tian.Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.Upacara ini di lakukan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakalbersalin serta bagi membetulkan kedudukan bayi dalam perut.

Adat bercukur jambul 
Selepas tujuh hari dari hari bersalin ,lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit,kerana itulah harinya adat mencukur  kepala anak kecil itu dijalankan.Kelengkapan yang disediakan untuk mencukur ini adalah seperti berikut:
·         Anak kecil atau bayi itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia ke atas tilam kecil.
·         Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras kunyit dan bertih.
·         Sebiji kelapa mumbang yang besar sedikit dipotong  pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada penutupnya.Air kelapa itu dibuang dan diisi ke dalamnya sedikit air sejuk ,dan kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu sahaja.

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA

Adat Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian dikalangan ahli keluarga bakal pengantin ,perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selepas seratus hari.Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki akan dihias indah.Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori.Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih ,merah,atau kuning.Adalah dilarang memakai baju hitam,biru ,dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
                                
Adat Menamakan Anak
Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yan yang sama berat.Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas,air,api ,tanah dan kayu serta saling melengkapi.Oleh yang demikian ,nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsure Yin dan Yang.Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang ,samaada akan ditimpa kecekelakaan atau mendapat kesejahteraan.Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adapt yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA

Adat Kematian
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia,mayat akan diletakan diruang tamu.Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan.Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakan berhampiran si mati.Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai symbol ketenangan jiwa si mati.Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi di mati sebelum disembahyang.Sepanjang mayat berada di dalam rumah,si mati perlu dijaga dengan sebaiknya.Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan .ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada.Mata dan mulut juga perlu ditutup rapat.Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain.Kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan lubang hidung akan ditutup dengan kapas.Air mawar akan direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar agar mayat tidak berbau.Untuk menunjukan kesedihan gambar-gambar yang tergantung diterbalikan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar daripada ruang tamu.Lagu-lagu suci seperti teeravaaram turut dimainkan dan dinyanyikan sehingga ke tanah perkuburan.Tujuanya agar roh si mati sentiasa tenang dan aman.

No comments:

Post a Comment