Loading...

Sunday, September 19, 2010


                                          SYAHIDAHTUL NABILAH BINTI BAHARUDIN


                                                                         AGAMA


Konsep 1 Malaysia merupakan konsep untuk menyatukan rakyat walaupun terdapat perbezaan dari segi bangsa,agama dan budaya.Semua bangsa di Malaysia secara dasarnya dianggap sama rata dan mempunyai hak yang sama.Konsep 1 Malaysia ini diperkenalkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak ketika beliau mula mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada tahun lalu.

Di Malaysia,Islam adalah agama rasmi negara.Menurut bancian pada tahun 2000,kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam.Seperti yang diperlukan oleh undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia,seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan muslim.Muslim Malaysia primernya adalah Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim Pakistan.Bilangan ini juga semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.Tempat beribadat untuk mereka yang beragama Islam dikenali sebagai masjid manakala kitab suci yang digunakan ialah Al-Quran.Tanggapan umum mengatakan,Islam wujud di Malaysia sekitar abad ke-10 di Terengganu iaitu negeri Melayu pertama yang memeluk Islam.Tanggapan ini berdasarkan Tugu Peringatan Batu yng ditemui di Kuala Berang,Terengganu.

Manakala agama Kristian pula terdiri daripada kira-kira 9.1 peratus penduduk.Majoriti bilangan ini adalah penduduk Malaysia Timur.Mazhab-mazhab besar Kristian di Malaysia termasuk Anglikan,Baptist Brethren,gereja-gereja Charismatic berdikari,Lutheran,Methodist,Presbyterian,Sidang Injil Borneo dan Roman Katolik.Tempat beribadat untuk mereka yang beragama Kristian pula dikenali sebagai gereja manakala kitab suci yang digunakan ialah Alkitab atau Kitab Injil.Selain itu,kemunculan agama Kristian boleh dilihat pada para pedagang yang singgah di Melaka sebelum penaklukan Portugis pada 1511.

Sementara agama Buddha pula terdiri daripada kira-kira 19.2 peratus penduduk.Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Sakyamuni(Siddhartha Gautama)yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masehi.Tempat beribadat untuk agama Buddha dikenali sebagai tokong.Kitab suci agama Buddha yang paling tua yang diketahui hingga sekarang tertulis dalam bahasa Pali dan Sansekerta.Ia dikenali sebagai 3 kelompok iaitu Vinaya Pitaka,Sutta Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.


Bagi agama Hindu pula kira-kira 6.3 peratus penduduk yang menganutinya.Manakala yang selebihnya pula ialah yang selain daripada 4 agama ini.Agama Hindu adalah sebuah agama yang berasal dari anak benua India.Agama ini merupakan agama ketiga terbesar di dunia selepas Kristian dan Islam.Tempat beribadat untuk agama Hindu pula ialah kuil.Kitab suci bagi agama Hindu ialah Veda yang paling tua dan diikuti dengan Upanishad.



Kesimpulannya,meski terdapat perbezaan agama di Malaysia,rakyat tetap dapat hidup bersatu padu kerana adanya sikap hormat menghormati antara sesama agama.Jika sikap ini dapat berterusan,maka tercapai hasrat Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk menjayakan gagasan konsep 1 Malaysia.

ADAT RESAM

                                             
                                                    NOOR HASLINDA BINTI ARIFFIN       

                                                                      ADAT RESAM
                                                                                                              
ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU

Adat melenggang perut
Dipanggil kirim perut oleh masyarakat melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia manakala di sesetengah tempat di kenali sebagai mandi tian.Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.Upacara ini di lakukan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakalbersalin serta bagi membetulkan kedudukan bayi dalam perut.

Adat bercukur jambul 
Selepas tujuh hari dari hari bersalin ,lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit,kerana itulah harinya adat mencukur  kepala anak kecil itu dijalankan.Kelengkapan yang disediakan untuk mencukur ini adalah seperti berikut:
·         Anak kecil atau bayi itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia ke atas tilam kecil.
·         Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras kunyit dan bertih.
·         Sebiji kelapa mumbang yang besar sedikit dipotong  pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada penutupnya.Air kelapa itu dibuang dan diisi ke dalamnya sedikit air sejuk ,dan kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu sahaja.

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA

Adat Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian dikalangan ahli keluarga bakal pengantin ,perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selepas seratus hari.Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki akan dihias indah.Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori.Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih ,merah,atau kuning.Adalah dilarang memakai baju hitam,biru ,dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
                                
Adat Menamakan Anak
Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yan yang sama berat.Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas,air,api ,tanah dan kayu serta saling melengkapi.Oleh yang demikian ,nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsure Yin dan Yang.Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang ,samaada akan ditimpa kecekelakaan atau mendapat kesejahteraan.Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adapt yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA

Adat Kematian
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia,mayat akan diletakan diruang tamu.Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan.Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakan berhampiran si mati.Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai symbol ketenangan jiwa si mati.Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi di mati sebelum disembahyang.Sepanjang mayat berada di dalam rumah,si mati perlu dijaga dengan sebaiknya.Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan .ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada.Mata dan mulut juga perlu ditutup rapat.Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain.Kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan lubang hidung akan ditutup dengan kapas.Air mawar akan direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar agar mayat tidak berbau.Untuk menunjukan kesedihan gambar-gambar yang tergantung diterbalikan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar daripada ruang tamu.Lagu-lagu suci seperti teeravaaram turut dimainkan dan dinyanyikan sehingga ke tanah perkuburan.Tujuanya agar roh si mati sentiasa tenang dan aman.

Wednesday, August 25, 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN  
''Dimana bumi dipijak......Disitu langit  dijunjung  MALAYSIA tetep di HATI''     

PERAYAAN 1 MALAYSIA


                                                  PERAYAAN 1 MALAYSIA


                                             HAZIMAH BINTI HASSAN   206621


Apabilb kita mengungkapkan"Malaysia" pasti sudah tergambar di kaca mata kita bahawa ia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum.Kaum majoriti yang terdapat di Malaysia ialah Melayu.diikuti oleh kaum Cina dan India serta kaum-kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak.Kepelbagaian kaum ini telah mewujudkan perayaan yang tersendiri mengikut kaum masing-masing.Antara 



perayaan yang di sambut oleh masyarakat majmuk di Malaysia adalah Hari Raya Aidilfitri,Hari Raya Aidiladha,Maal Hijrah,Tahun Baru Cina,Chap Goh Mei,Kuih Bulan,Hari Wesak,Deepavali,Pongal,Thaipusam,Krismas dan sebagainya.Marilah kita sama-sama hayati dan selami apa yang sebenarnya yang terkandung dalam erti sebuah perayaan bagi rakyat Malaysia......^_^



HARI RAYA AIDILFITRI( 1 SYAWAL )    


Dirayakan oleh umat Islam khususnya. Perayaan ini menandakan berakhirnya ibadah puasa di bulan Ramadhan .Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan berkumpul untuk mengucapkan ‘selamat hari raya ‘ dan kemaafan dipohon,Ia menandakan kesalahan lalu telah dilupakan Tradisi memberi ‘ duit raya’ memeriahkan lagi suasana.Juadah istimewa bagi hari raya ialah seperti ketupat, rendang, sambal kacang, lemang, dan serunding.Hari raya diraikan selama sebulan, dimana terdapat banyak pihak mengadakan rumah terbuka. 

 

HARI RAYA AIDILADHA ( 27 ZULHIJJAH )   
 

 Hari Raya Korban Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji. Ia menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah Lazimnya umat Islam akan bersolat sunat pada pagi hari dan melaksanakan ibadah korban.Haiwan ternakan seperti lembu,kambing, biri-biri dan kerbau akan dijadikan haiwan sembelihan.Ini adalah ibadah sunat yang dituntut sempena Aidiladha, sebagai lambang tulus dan ikhlasnya hamba terhadap Allah Taala. Daging haiwan itu akan dibahagi-bahagikan, ⅓ kepada tuan punya dan selebihnya kepada fakir miskin dan jiran tetangga yang beragama Islam.


HARI MAAL HIJRAH ATAU AWAL MUHARRAM



Menandakan dua peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam Peristiwa ini untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W.dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.Ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat,bacaan Al-Quran dan majlis ilmu di masjid-masjid di seluruh negeri. Maal Hijrah bermaksud perpindahan. Makna lain bagi hijrah ialah perubahan daripada keburukan dan kelemahan kepada kebaikan dan kelebihan Hari ini merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


TAHUN BARU CINA    



Mengikut lagenda, pada zaman silam terdapat seekor makhluk ganas yang bernama ‘ Nian’ sering mengancam manusia.Hal ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Orang Cina menyedari bahawa makhluk ganas itu takut kepada bunyi kuat dan warna merah. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘ cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina. Sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul dan dihiasi dengan buah limau, bunga dan pokok limau kumquat.
Pada hari ini kaum keluarga akan dijamu dengan makan besar iaitu masakan tradisi seperti itik, salai, sosej, kek beras, dan limau mandarin.


Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan lagi suasana, disamping ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’ akan diucapkan sesama penganut Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin Perarakan tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Apabila selepas lima belas hari, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan dengan perayaan Chap Goh Mei .


2. HARI CHAP GOH MEI



Disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan.Malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian cantik dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dilakukan dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah akan membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar Chingay.

3. HARI KUIH BULAN


Disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 kalendar Cina.Ia menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman dahulu kala.Juga dikenali sebagai Pesta Tanglung Di Malaysia, masyarakat Cina menyambutnya dengan mengunjungi tokong, berkumpul bersama keluarga, membuat kuih bulan dan menggantung tanglung Amalan memberi kuih bulan kepada rakan dan saudara mara diadakan,hal ini adalah untuk mengukuhkan ikatan, kerana kuih bulan adalah lambang kehormatan.

4. HARI WESAK


Bagi penganut agama Buddha ,hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha.Amalan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi dilakukan untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha,iaitu(Sutras)Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari ini juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.

5. DEEPAVALI


 Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya, Deepavali atau Diwali iaitu merupakan simbol kebaikan dengan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri dan menuju ke kuil untuk bersembahyang. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu Penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu ‘ vilakku’ dipasang. Perayaan juga bertambah serinya dengan lampu-lampu moden Penganut Hindu juga percaya bahawa Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa tersebut, maka persiapan ini juga akan dibuat untuk menyambutnya.


6. PESTA PONGAL MASYARAKAT HINDU 


Dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia. Perkataan “pongal” adalah bermaksud “masa menuai” dan ia menandakan masa untuk menuai hasil tanaman mereka di masa lalu Pada pagi hari, kebiasaannya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan kolams yang dibuat di depan pintu rumah,ia sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan. Beras yang diguna untuk membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu dan juga diletakkan di kuil untuk dipersembahkan kepada dewa. Ianya dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti vadaas , payasam,dan keledek untuk dijamu semasa Pongal. Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari.

7. HARI THAIPUSAM


Disambut oleh mereka yang beragama Hindu diseluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Lord Murugan atau juga dikenali sebagai Lord Subramaniam Merupakan hari bertaubat pada dosa-dosa yang lepas Patung Dewa Subramaniam,iaitu anak bongsu Dewa Siva, diletakkan di atas pedati perak dan diarak dengan musik. Ciri utama perayaan Thaipusam adalah acara membawa kavadi, kerangka besi atau kayu yang dihiasi dengan kertas berwarna warni, bunga, dan, buah segar sebagai membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. Kavadi merupakan kerangka besi separuh bulatan dengan galang untuk diletakkan pada bahu dan dihiasi dengan bunga-bungaan, dan bulu merak Sesetengah penganut Hindu yang lain mengenakan selipar berpaku, atau mengenakan rod logam menembusi pipi, lidah, dan badan mereka. Bagaimanapun mereka berada dalam keadaan terpukau dan tidak merasa sakit Di Malaysia , perayaan Thaipusam dirayakan setiap tahun di Batu Caves Perarakan membawa kavadi bermula ketika fajar terbit. Pembawa kavadi akan berada dalam keadaan terpukau dan menusuk pipi, lidah, kening, badan, dan belakang dan memanjat anak tangga sehingga sampai ke pintu masuk Batu Caves untuk menyucikan diri. Selain penyeksaan diri untuk mendapatkan restu dari dewa Lord Murugan, madu, susu, dan kelapa juga akan dipersembahkan kepada dewa-dewa.

8.Hari Wilayah 


Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan acara perarakan, pertunjukan bunga api, pameran serta persembahan kebudayaan. Kebanyakan acara dibuka kepada orang ramai tanpa dikenakan sebarang bayaran.

9.Tadau Kaamatan



Pesta ini disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di Sabah, iaitu kaum Kadazan Dusun. Perayaan kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada semangat padi yang digelar Bambaazon, atas hasil tuaian padi yang lumayan. Kemuncak perayaan ini termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta tarian tradisional, pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya.


10.Gawai Dayak


Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di Sarawak pada awal bulan Jun bagi menandakan penghujung musim menuai. Perayaan yang mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara tradisional serta tarian yang diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam buluh, dan pelbagai masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini.

11.Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong


Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia menyambut hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada setiap hari Sabtu minggu pertama bulan Jun. Hari ini disambut dengan acara penganugerahan darjah kebesaran kepada warganegara Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara. Kemuncak sambutan termasuk ‘Perarakan Panji-Panji’ oleh anggota tentera, serta pelbagai bentuk pameran dan pertunjukan.

12.Krismas 



Perayaan Krismas lebih meriah di kawasan tropika Malaysia dengan penduduknya yang ramah.Ia diraikan oleh penganut agama Kristian.Santa Klaus adalah lambang kepada perayaan ini.Majlis menjamu tetamu diadakan.Acara memeberi hadiah kepada kaum keluarga turut dilakukan.Hal ini mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama mereka.

KESIMPULAN
Tuntasnya,Malaysia sangat kaya dengan pelbagai jenis perayaan yang disambut oleh penduduknya.Perayaan-perayaan ini telah mewujudkan satu hubungan yang utuh dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan ia tidak terhad kepada kaum yang menganuti agama tertentu.Perayaan ini akan dapat menyemai rasa kasih dan cinta akan Negara Malaysia dengan aktiviti yang dijalankan semasa perayaan itu disambut.Maka,kita tidak boleh melupakan atau hanya memandang sebelah mata sahaja semua perayaan yang ada di negara ini,kerana perayaan boleh menjadi salah satu cara untuk memupuk perpaduan yang sememangnya akan menjadi tonggak kepada kemajuan negara kita.

ADAT RESAM PERKHAWINAN MASYARAKAT MALAYSIA


                                       THUMBAI MALAR  A/P  RAJENTHIRAN(206659)

                           Adat resam perkahwinan Melayu



Adat resam perkahwinan Melayu adalah merupakan sebuah adat resam yang dihomati oleh masyarakat melayu malaysia.
Adat resam perkahwinan Melayu terdiri daripada pelbagai acara. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh dikelaskan kepada tiga peringkat:

Peringkat pertama iaitu merisik dan menengok,meminang atau bertunang dan menhantar belanja dan akad.
Peringkat kedua pula terdiri daripada berandam dan berasah gigi dan berinai.

Peringkat ketiga terdiri daripada majlis bersanding,mandi limau dan sambut-menyambut para tetamu.


Peringkat pertama Merisik atau menengok



Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan jodoh anaknya. Ini bererti tanggungjawab untuk memilih jodah untuk anaknya terletak pada ibubapa jatuh .Walaubagaimanapun, sebilangan besar masyarakat Melayu pada masa kini, khususnya mereka yang berpendidikan tinggi, membiarkan anak-anak mereka memilih jodohnya. Terdapat juga ibu bapa Melayu yang berihsan yang memilih jalan tengah dan memilih pengantin perempuan dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya.
Menurut adat resam perkahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu."
Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua  ialah kemahiran rumah tangga iaitu seperti memasak dan menjahit. Namun, pencapaian yang dipandang tinggi adalah keupayaan anak dara untuk membaca al-Quran dengan fasih dan merdu.Ini dengan jelasnya menunjukkan kemahiran berumahtangga diutamakan berbanding dengan pencapaian pendidikan.
Umumnya selepas membuat keputusan mengenai bakal mentua,ibubapa penganti lelaki akan meneliti maklumat-maklumat yang dikumpulkan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Umumnya, rombongan ini akan dihantar tanpa diberitahu.Hal ini kerana ia mempunyai makna yang sendiri iaitu masyarakat Melayu pada zaman dahulu mempercayai bahawa semasa ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu,sekiranya gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati berada di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik.Selain itu, Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia dan akan membawa keburukkan kepada keluarga. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar pada masa kini.
Meminang atau bertunang


Seterusnya, ibubapa bakal pengantin lelaki kemudian akan meminta sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan pihak ibubapa anak perempuan agar mendapat persetujuan.Manakala, ibubapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu.Seturusnya, ibubapa anak perempuan akan kemudian menugasi sebilangan saudara-mara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan bahawa mereka telah menerima pinangan.Pada saat ini,syarat-syarat perkhawinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan akan ditetapkan.
 Majlis pertunangan

Seterusya,semasa majlis pertunangan akan dengan persetujuan semua pihak pasangan pengantin akan dinikahkan,dimana pengantin lelaki akan memberi mas khawin kepada pihak perempuan.

Istiadat berinai


Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat iaitu,majlis berinai curi,berinai kecil dan berinai besar.

Peringkat ketiga ialah bersanding
Seterusya,pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Semasa ini, suami dan ibu bapa mertua akan membawanya membuat kunjungan pertama ke rumah mereka. Di rumah suaminya, mereka akan menjalankan istiadat bersanding sekali lagi.
Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari, isteri baru itu akan diiringi oleh suami dan ibu bapa mertuanya untuk kembali ke rumah perempuan untuk mendiami sekurang-kurangnya beberapa bulan.
Adat resam kahwin Melayu terdiri daripada pelbagai acara yang menarik.

perkahwinan masyarakat cina



Perkahwinan Cina merupakan satu adat resam yang diamalkan antara tahun 402 - 221 SM. Sebelum zaman moden, perempuan dalam masyarakat cina tidak dibenarkan sama sekali untuk memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan akan memilih bakal suaminya. Perkahwinan yang dipilih adalah berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.
Terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga aksara dan enam etiket dalam masyarakat cina.
Yang pertamanya adalah majlis pinangan iaitu Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung dikenali.
Seterushya adalah pembandingan hari jadi akan dilakukan sekiranya keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina, mereka akan meneruskan ke langkah yang seterusnya..
Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan iatu (hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan.
Selain itu, penyampaian hadiah perkahwinan juga bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa.Takwim Cina akan dirujuk untuk menetapkan hari yang bertua untuk mengadakan majlis perkhawinan.
Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti  
                                                 perkhawinan masyarakat india

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci yang dilakukan melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam dimana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.
Majlis perkhawinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji)iaitu dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain.Selain itu,dalam masyarakat india kad undangan perkhawinan disapu dengan air kunyit yany dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi kepada undangan perkahwinan.Seterusnya Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangs dilangsungan.
Pengantin Bersanding


Dalam masyarakat india,Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga akhir. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada.Seterusnya, kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Seterusya,antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri
Selain itu,beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti meniliti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.


                                                                                                                                                                                                                                                                         

                                                         NINA ROZITA BINTI ROSLI

                  PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA



SEBELUM KEMERDEKAAN

Dari perspektif sejarah Malaysia ,penjajah British telah menggalakkan perkembangan masyarakat secara ‘plural’ melalui amalan pecah dan perintah (devide and rule).Pelaksanaan dasar pecah dan perintah British telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu dan terdapat jurang perbezaan ekonomi dan sosial di kalangan kaum.T erdapat dua kemungkinan keadaan ini iaitu British sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan. Selain itu,Britis perlu mengekalkan penduduk pribumi di kampong-kampung dan mengekalkan aktiviti pertanian orang melayu bagi memastikan


bekalan tanaman penduduk tanah melayu tidak terjejas .Kemasukan pekerja asing bertujuan untuk mengelakkan pendudukpribumi meninggalkan aktiviti pertanian.


Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari Negara China dan india untuk kepentingan ekonomi mereka. Pertambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu telah menyebabkan belaku pertumbuhan banbar yg pesat,jalan-jalan dan rel-rel keretapi serta berlaku pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Pihak British telah memperkenalkan beberapa sektor ekonomi di Tanah Melayu iaitu sektor pelombongan bijih timah,perdagangan dan perladangan.Dasar pecah dan perintah berlaku pengelasan atau pembahagian yang amat ketara di Tanah Melayu. Pengelasan pekerjaan mengikut kaum yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga rumpun utama iaitu bangsa Melayu,Cina dan India.


Melalui dasar ini,penduduk melayu kebanyakannya menetap di kawasan pendalaman (kampung) untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional. Penduduk Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani sahaja. Kaum Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem kangcu telah ditempatkan di kawasan bandar dan kawasan perlombongan bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan. Kebanyakan kaum Cina diberi pekerjaan sebagai peniaga dan pelombong bijih timah. Manakala kaum India kebanyakannya tinggal di kawasan lading-ladang dan estet untuk mengerjakan lading-ladang British dan bekerja sebagai buruh.


Oleh kerana, petempatan dan kawasan tumpuan mereka berbeza dan terdapat pembahagian pekerjaan, maka tidak wujud interaksi antara kaum utama ini. Melalui dasar pecah dan perintah ini British telah melahirkan perasan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kaum dan etnik. Seterusnya menjarkkan jurang perpaduan antara kaum di Tanah Melayu.

SELEPAS KEMERDEKAAN


Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957, didapati bagsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu. Didapati juga orang melayu masih jauh ketinggalan dan kurang bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik dan pesat membangun. Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan di negara ini. Bangsa Melayu ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi disebabkan mejoriti orang Melayu masih menetap atau tinggal di kawasan luar bandar dan masih menjalankan kegiatan pertanian tradisional mereka walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain meme\andangkan mereka tinggal di kawasan Bandar. Mereka menguasai kawasan perlombongan di Malaysia.


Lantas timbul kesedaran dikalangan orang Melayu yang dapat merasakan mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat cina dan India pula,meka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia menumpahkan kesetiaan kepada negara ini.


Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial di negara ini,kerajaan mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam pembangunan negara. Matlamat utama kerajaan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi ,sosial,kebudayaan,penempatan dan sebagainya. Rancangan yang dirancang oleh kerajaan telah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Seterusnya penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.


Kemiskinan adalah sebab utama yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Perkara ini tida hanya berlaku di luar bandar tetapi berlaku juga di kawasan bandar. Kedaan ini boleh menggugat perpaduan Negara kerana masalah ini adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang lebih tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Segala usaha telah dirancang oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah social ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya peluang pekerjaan diwujudkan untuk semua golongan rakyat yang menganggur tanpa mengira kaum dan menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Selain itu, memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan danmengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kau, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah serta memodenkan kehidupan penduduk di luar Bandar. Seterusnya mewujudkan perusahaan dan perdagangan bumiputera dan mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaun di Malaysia serta memperbaiki kualiti hidup rakyat melalui pelejaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.


Kerajaan telah menyusun matlamat dan merangka strategi untuk meningkatkan perpaduan kaum dalam sektor peluang pekerjaan. Kerajan meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar. Selain itu,kerajaan telah memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) untuk penduduk di luar bandar untuk meningkatkan hasil keluaran mereka seterusnya memasarkan produk mereka ke pasaran yg lebih luas. Industri ini telah menyediakan banyak peluang pekerjan kepada penduduk setempat dan sekali gus dapat meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu, kerajaan telah menubuhkan DARA, KESEDAR, KEJORA, FELDA dan sebagainya untuk memejukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah tersebut. Untuk memisahkan jurang perbezaan, kerajan telah menupuhkan institusi penbankan untuk petani-petani kecil memperluaskan aktiviti pertanian mereka melalui MARA. Agro Bank dan sebagainya. Dewasa ini, telah banyak peluang pekerjaan dan kemudahan-kemudahan disediakan tanpa mengira kaum.


Kerajaan juga telah menubuhkan banyak institusi pengajian tinggI (IPT) untuk rakyat yang ingin meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan. Sebagai contoh Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan IPT yang lain tidak kira kerajaan mahupun swasta. Orang Melayu khususnya dapat meningkatkan pengetahuan mereka dan sekali gus dapat merubah nasib bangsa mereka dengan menceburi bidang-bidang perniagaan yang satu ketika dahulu dimonopoli oleh bangsa Cina.


Dasar yang dibuat oleh kerajaan dari pimpinan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien sehingga Dato’ Mohd Najib bin Tun Abdul Razak kerajaan amat menitik beratkan perpaduan antara kaum. Segala dasar yang yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk merapatkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Pimpinan Dato’ Najib bin Tun Razak telah memperkenalkan dan melaksanakan konsep 1 malaysia tanpa mengira latar belakang agama mahupun bangsa.


Melalui dasar atau konsep 1 malaysia ini, banga melayu khususnya dan bangsa-bangsa lain bebas menjawat jawatan tanpa mengikut kaum. Seterusnya,perpaduan kaum dapat dieratkan tanpa berlaku sebarang perbalahan antara kaum. Bangsa-bangasa di Malaysia dapat berganding bahu untuk memajukan negara khususnya dala sektor ekonomi.
PERMAINAN TRADISIONAL

YOGESWARI A/P SELVARAJOO           205586

Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing.Setiap agama di Malaysia mempunyai permainan tradisionalnya yang tersendiri. Permainan tradisional tersebut telah melambangkan kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung bersebelahan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau member semangat. Suasana di padang permainan pada masa tersebut dapat mewujudkan interaksi social di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh sebab itu, permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Pada masa kini, boleh dikatakan banyak permainan tradisional hampir dilupakan dan hanya tinggal sebagai memori dalam peringatan ibu bapa dan datuk nenek kita.namun,ada juga permainan tradisional yang masih dimainkan sehingga ke hari ini oleh masyarakat Malaysia. Contohnya, congkak,galah panjang,gasing,mahjong,xiang qi,yoyo cina, kabadi,chaturanga dan sebagainya. Permainan tradisional merupakan identiti bagi budaya masing-masing.
PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
Permainan tradisional bagi masyarakat Melayu ialah congkak,galah panjang,gasing dan sebagainya. Congkak merupakan sejenis permainan yang mengunakan papan kayu berlubang dan buahnya mengunakan biji congkak,biji getah,biji guli dan lain-lain. Congkak juga boleh dimain dengan membuat lubang di atas tanah. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Papan kayu congkak diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Sekiranya, congkak dimain di atas tanah,lubang digali dan akan meletakkan tempurung kelapa supaya tangan tidak terkena tanah.Terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm.Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak". Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
Guli juga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu. Guli biasanya diperbuat daripada kaca.tanah liat atau akik. Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain bagi permainan ini tidak melebihi lima orang.Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki. Sebagai langkah pertama,satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Selepas itu,di tengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Selepas itu,satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan. Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.






PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA


Permainan tradisional bagi masyarakat India pula kabadi, chaturanga dan sebagainya. Permainan kabadi sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia,Jepun, dan Iran. Permainan ini juga dimainkan oleh tentera british untuk menjaga kemantapan badan dan juga untuk hiburan. Permainan ini adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripadasatu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.Dalam satu permainan, dua pasukan dibentuk, di mana setiap pasukan terdiri daripada tujuh pemain. Setiap pasukan akan menyediakan pemain simpanan sebanyak lima orang. Permainan ini berlangsung selama 20 minit dengan 5 minit rehat semasa penukaran gelanggang. Mula-mula satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan untuk menyentuh salah seorang pemain dari pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh tadi akan terkeluar. Sementara itu, pihak pertahanan akan membentuk sebuah rantai dengan berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai tersebut terputus,salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan mencecah tanah di luar garisan,kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Semasa setiap pemain keluar, pihak lawan akan mendapat markah. Sekiranya, pasukan mendapat dua mata bonus,yang dipanggil lona,maka semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang.
Chaturanga juga merupakan salah satu permainan tradisional india. Catur moden pada masa kini yang dimain oleh semua lapisan masyarakat, dipanggil sebagai Chaturanga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal, permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan bergantung pada buah terakhir iaitu dipanggil ‘sang Raja’ dalam catur moden.Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau lebih. Pada awal abad 19, Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes mengatakan bahawa dahulu catur dimainkan oleh 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" bererti "memiliki empat bahagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan itu juga bererti "tentera." Nama permainan ini,iaitu chaturanga berasal dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang untuk memperlihatkan kekuatan strategi tentera India pada masa itu. Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Chaturanga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9. Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi perincian tentang penggunaan catur sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan juga dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah mangeluarkan alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan. Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), di mana sebuah permainan mempunyai dua orang pemain serta kekalahan dan kemenangan akan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan kecuali raja atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.




PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA 

Permainan tradisional bagi masyarakat Cina ialah, mahjong.xiang qi, go dan sebagainya. Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, permainan mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.Objektif permainan adalah untuk membina set lengkap atau gabungan dan biasanya bertiga, dari samaada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kemenangan akan ditentukan apabila pemain melengkapkan set dengan 14 atau 17 keping.Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung telah membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri China bersesuaian dengan pengembaraan Confucius pada masa beliau sedang mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga Cardinal juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhōng sebagai harfiah tengah, Merah sebagai harfiah kemakmuran dan Hijau sebagai harfiah putih.Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibu bapa.Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah rujukan kepada nama Negara. Mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" yang bermaksud burung pipit. Bagaimanapun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pencipta. Mungkin teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarahwan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang disebut sebagai Mádiào juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yèzí secara harfiah bererti Daun di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Níngpō, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari oleh orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.
Satu lagi permainan tradisional bagi masyarakat Cina ialah xiang qi. Xiang qi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiang qi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiang qi moden sebenarnya berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan sejak abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiang qi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima seperti "raja" dalam catur daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.



KESIMPULAN......
 Kemajuan teknologi pada masa kini semakin membuatkan warisan yang dibanggakan ini semakin dilupakan oleh generasi kini. Sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ialah di mana anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehingga melupakan warisan yang perlu dijaga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang.