Wednesday, August 25, 2010


                                       SITI NUR FALINA BINTI AHMAD        206649



                              KESENIAN DAN TARIAN

Pengenalan..


Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C.Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Secara umumnya seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu Cina dan India. Ini menunjukkan masing-masing mempunyai pelbagai budaya dan juga agama. Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada jenis- jenis muzik dan tarian yang terdapat di sini. Tarian kaum Melayu, Orang Asli serta beberapa suku kaum penduduk di Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan. Setelah sekian lama kaum Cina, India dan Portugis menetap di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia.


Kesenian melayu..
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.Tarian Joget pula merupakan tarian yang paling terkenal di Malaysia. Joget adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ. Antara tarian lain ialah tarian Lilin, Kuda Kepang, Mak Yong dan Dondang Sayang.


Silat adalah salah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni mempertahankan diri, Silat juga adalah suatu seni yang boleh dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan.



Tarian kaum cina…

Tarian yang sinonim dengan kaum cina pula ialah tarian Naga dan tarian Singa. Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian Naga pula dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagitahun baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat.


Tarian kaum india


Tarian Bharata Natyam dan Bhangra pula ialah tarian ynag sering ditarikan oleh kaum India. Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Banghra pula memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan tahun baru.


Tarian etnik sabah Sarawak…

Di Sabah dan Sarawak juga terdapat pelbagai jenia tarian. Antara tarian yang terkenal ialah tarian Ngajat iaitu sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Sumazau pula adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang. Lain-lain tarian yang terdapat di Sabah dan Sarawak ialah seperti tarian Puteri Santubung, Datun, Buluh dan Ayah-ayah.


Tarian kaum asli…



Tarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temar.


Kesimpulan…


Semua jenis tarian di Malaysia ini menjadi tarian sosial yang dapat menyatupadukan seluruh masyarakat di Malaysia. Dengan masyarakat yang berbilang kaum, Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih harmoni dan aman damai.

No comments:

Post a Comment