Wednesday, August 25, 2010

PENDIDIKAN

                                                     NORHATINI BINTI MAT AKHIR 

                                                      1 MALAYSIA : PENDIDIKAN

Visi tentang 1 Malaysia termasuk juga tentang negara yang rakyatnya telah mengayakan kehidupan mereka melalui usaha mendapatkan dan menggunakan pengetahuan secara positif.Proses pendidikan seumur hidup yang dilakukan di dalam dan luar bilik darjah akan membentuk rakyat malaysia yang berupaya berfikir dan bertindak tanpa terlalu mementingkan diri sendiri, malah lebih mementingkan masyarakat setempat mereka.

PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa.Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentang pendidikan dan pengetahuan, ia mesti dilihat dalam konteks holistik.Ia juga mesti disepadukan dengan nilai.Anda mesti memiliki masyarakat yang menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain.Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai.Sebagai contoh,budaya membaca.Jika anda hanya berharap kepada buku tesks formal, anda anda tidak akan menimba ilmu sebagaimana sepatutnya.Tetapi jika diri anda berbudaya membaca,tabiat membaca ini sama ada melalui buku atau pun internet,maka anda akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia dan melihat minda rakyat Malaysia berterusan terbuka.

Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalam negara.Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan.Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolekan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan disingkirkan.95 peratus daripada bangsa China akan memasuki sekolah China dan 97 peratus daripada bangsa melayu akan memasuki sekolah kebangsaan.Maka kita akan kehilangan peluang.Namun apa yang boleh dilakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama.

DEFINISI PENDIDIKAN

Pendidikan ialah usaha sistematik yang disengajakan yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai,sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

E.D Miller mengatakan falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting.Falsafah juga boleh diertikan sebagai satu usaha berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah pendidikan (1984) ialah falsafah adalah pertimbangan terhadap perkara yang penting.Falsafah juga mempersoalkan prinsip-prinsip realiti,ilmu,dan nilai.Falsafah adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atu sistem-sistem pemikiran.

Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik,sistematik dan logikal.Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada falsafah pendidikan kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.Falsafah pendidikan kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

MATLAMAT

Matlamat pendidikan negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuaan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri,masyarakat, agamadan negara.selain itu, memiliki sahsiah yang seimbang dn bersepadu dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang adalah diharapkan melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya iaitu,melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara.Disamping itu, menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta senpurna demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perbangunan.Seterusnya melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamal prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.Selaian itu, melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada negara.

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENYATA RAZAK 1956 DAN ORDINAN PELAJARAN 1957- ZAMAN PENGUKUHAN


Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan.Selain itu, pengakuan matlamat akhir bahasa malaysia menjadikan bahasa pengantar utama.Seterusnya, permulaan kurikulum yang berorientasikan alm sekeliling Malaysia.Disamping itu, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

LAPORAN RAHMAN TALIB DAN AKTA PELAJARAN 1961-ZAMAN KEMASKINI

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca,menulis,dan memgira.Penegasan ini juga kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia.Disamping itu, pendidikan menengah atas melalui dua jurusan akademik dan vokasional dan dapat berpeluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun.Seterusnya,melicin tatacara pengurusan pelajaran bagi meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.

CIRI-CIRI LAPORAN KABINET 1979

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca,menulis,dan mengira.Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.Selain itu, penegasan kepada kurikulum ala Malysia.Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11tahun.Penegasan menengah atas melalui dua jurusan , akademik dan vokasional untuk melicin tatacara pengurusan pelajaran bagi meningktkan mutu pelajaran keseluruhan.

RANG UNDANG - UNDANG PENDIDIKAN 1995

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.Falsafah pendidikan negara di jadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan .Tempoh pendidikan rendah adalah 5-7 tahun.Pendidikan prasekolah pula sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan manakala pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.

Sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah di bawah kategori institusi pendidikan kerajaan terdidi daripada pendidikan prasekolah ialah program pendidikan bagi murid yang berumur daripada 4-6 tahun.Pendidikan rendah pula adalah kursus pengajian pada peringkat rendah yang di rencanakan bagi tempoh 6 tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara 5-7 tahun.Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan.Pendidikan menengah iaitu pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah dan menengah atas.Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripda sekolah akademik,sekolah teknik dan vokasional, dan sekolah agama.Bagi pendidikan lepas menengah disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.Persekolahan di bawah kategori institusi pendidikan bantuan kerajaan pula adalah bagi sekolah berasrama penuh yang ditanggungjawabkan kepada unit sekolah berasrama penuh bahagian sekolah.Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yamg di tubuhkan adalah sekolah pendidikan khas yang ditanggungjawabkan kepada jabatan pendidikan khas dan juga sekolah sukan yang dipertanggungjawabkan kepada bahagian sukan.


KSSR TERAP 1 MALAYSIA

Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal mengabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenal satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murir tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua pengarah pelajaran malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan kurikulum bersepadu  sekolah rendah.

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku tesk oleh itu guru-guru sedang disedia dan di latih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkn penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek matematik dan sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

No comments:

Post a Comment