Tuesday, August 24, 2010

                                              NUR FADZILAH BINTI MAHMOD     206626

                                 KESUSASTERAAN


Sastera merupakan sebahagian daripada dokumen sosial masyarakat yang membicarakan persoalan-persoalan manusia dan masyarakat secara luaran dan dalaman, material dan spiritual, realiti dan ilusi. Sastera menjadi satu medium ilmu pengetahuan yang lebih halus sifatnya dan mendorong manusia berfikir dengan akal dan mata hati serta naluri melalui bahan kesusasteraan yang dihasilkan oleh penulis. Menurut Mahzan Arshad,1998, bahan kesusasteraan dihasilkan oleh golongan penulis daripada pelbagai keturunan kaum, sama ada penulis berketurunan Melayu, Cina, India dan sebagainya. Dari sudut pandangan yang lebih luas, bahan kesusasteraan didefinisikan sebagai bahan yang mewakili pelbagai budaya, sejarah, tradisi masyarakat yang berasal dari luar sempadan sesebuah Negara (Rochman,1993, Madigan,1993)


Kesusasteraan melayu
  
Ramai tokoh kesusasteraan Melayu yang telah memartabatkan bangsa Melayu dan nilai-nilai murni masyarakat Melayu. Pelbagai bahan kesusasteraan Melayu yang dihasilkan dengan pelbagai motif yang berlatarbelakangkan kehidupan sesuatu bangsa dan masyarakat. Karya Hikayat Hang Tuah telah mengangkat martabat bangsa Melayu. Hikayat ini dipenuhi dengan nilai-nilai keperibadian bangsa Melayu yang setia, sabar dan sanggup menghadapi rintangan. Melalui hikayat ini juga masyarakat melayu dapat memahami hal-hal yang berhubungan dengan etika dalam kehidupan. Selain itu, persoalan etika dalam sastera melayu begitu terserlah didalam segolongan karya yang dikenali sebagai ketatanegaraan Melayu seperti Taj al-Salatin, Thumarat al-Muhimmah, Bayan al-Asma dan lain-lain lagi. Karya ketatanegaraan merupakan panduan dan nasihat kepada golongan pemerintah dalam melaksanakan tugas pemerintahan negara mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh agama. Seterusnya karya Salalatus Salatinm / sejarah Melayu (A. Samad Ahmad,1996,280) pula mengandungi pelbagai makna dan perutusan yang jauh lebih tersirat lagi sebagai bahan renungan dan pengajaran. Lantaran itu, iktibar daripada kesan berlakunya pelanggaran ke atas nilai-nilai dan etika masyarakat dapat diambil dan dijadikan teladan oleh semua golongan masyarakat.


Kesusasteraan India



Penulis kesusasteraan India juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan bahan atau karya kesusasteraan mereka hasil idea-idea yang kreatif antaranya Nagalingn,G.Soosai dan sebagainya. Nagalingam merupakan tokoh penulisan kreatif dalam bahasa Melayu sebelum merdeka. Beliau telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul ‘Cerita orang yang menerima syukur’(bahtera,178,24/5/1932). Selepas merdeka, beberapa orang penulis telah mendapat tempat dalam kalangan tokoh-tokoh kesusasteraan India seperti Joseph Selvam, N.S. Maniam, A.Nagappan, P.Palaniappan, Ignatius Dev, dan G.Soosai. Para tokoh ini telah menghasilkan karya kreatif dalam bahasa Melayu serta menterjemahkan sajak, cerpen, dan cerita klasik bahasa Tamil kedalam bahasa Melayu. Selain itu juga Joseph Selvam turut menghasilkan karyanya sendiri hasil idea yang kreatif dan penggunaan ayat yang indah seperti sajak Nadi Perpaduan, Merintis Jalan Bahagia, dan Dalam Perjuangan. G.Soosai pula telah menterjemahkan hasil karya tokoh bahasa Tamil yang lain ke dalam bahasa Melayu seperti Wanita Malang (karya T. Anna Mary), Cepu Pahala (S.Anbananthan), Bahana Setia Teruji (Mahatma Gandhi dan Thirukkural). Tambahan itu, Saroja Theary Balakrishnan telah menempatkan dirinya dalam kalangan tokoh-tokoh kesusasteraan tamil apabila dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan anjuran Pendidikan Wilayah Persekutuan Gemerlapan (1997) melalui cerpen Bukit Sikikih Mengaum.


Kesusasteraan Cina
  
Sastera Mahua begitu populardalam kesusasteraan cina dan begitu di kenali oleh masyarakat cina. Sastera Mahua dihasilkan oleh penulis cina yang berwarganegarakan Malaysia dan mereka menulis karya menerusi bahasa ibunda mereka. Sasterawan Mahua menonjolkan kehidupan masyarakat cina sama ada yang telah bercampur dengan aliran masyarakat perdana atau kehidupan dalam kalangan masyarakat mereka yang tersisih. Lim Swee Tin merupakan tokoh sasterawan cina yang begitu dikenali oleh masyarakat cina . Beliau telah menghasilkan cerpen dan novel . Pada tahun 1990, Lim Swee Tin telah mewakili negara dalam acara Pengucapan Puisi Dunia Luala Lumpur. Beliau juga telah dipilih oleh DBP bagi program Penataran Karya Sastera di Jakarta. Antara karyanya ialah Eva (1981), Akrab (1985), Menyusur Musim(1991) dan Masih (1997). Selain itu, sastera cina Sarawak dianggap sebagai sastera yang mempunyai keistimewaan yang unik iaitu corak tempatan yang kuat. Penulis Liang Fang telah menghasilkan fiksyen yang berilhamkan dari kehidupannya. Beliau memberikan perhatian yang penuh dan meninjau dengan teliti segenap hati mengenai kehidupannya. Antara karyanya ialah Yanyu Shalong (Sayup-sayup Hujan di Sungai Sadong), Long tuzhu (bunga Long tu Zhu), Ma La A Da (Mala Adan). Selain itu, penulis Pan YuTong atau nama sebenarnya ialah Pan Guichang pula merupakan saintis yang menjalankan penyelidikkan dalam sains pembiakkan genetik dan menghasilkan fiksyen serta prosa. Antara antologi fiksyen beliau yang diterbitkan pada tahun 80an iaitu Zuoye Xingcheng (1986) dan Feiguo Qiangwei (1987). Beliau telah mendapat penghargaan daripada ramai sarjana terhadap pencapaian beliau dalam penulisan fiksyen dan telah diibaratkan sebagai seorang sastera karyawan satera Mahua yang terunggul di Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment